Sunday, February 13, 2011

Era Mahasiswa Pembawa Fikrah Islam..

                       Tajuk ni nampak berat, tetapi hakikatnya inilah tugas seorang bergelar mahasiswa muslim.    Persoalannya, adakah kita belajar di universiti sekadar untuk pandai, dapat anugerah dan dapat pujian? Apakah tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini? Fahaman sekular yang bermula sejak kejatuhan khalifah pada 3 Mac 1924 telah memisahkan islam daripada kehidupan kita.

khalifah terakhir

                  Semakin lama, semakin jauh daripada al-Quran. "Islam is the way of life" sudah tidak diamalkan bahkan yang lebih menakutkan pernah berlaku di Turki. Pengalaman seorang hamba Allah daripada Malaysia yang bercuti di sana. Dipendekkan cerita, ketika sedang menaiki sebuah teksi, azan berkumandang maknanya telah masuk waktu solat. Jadi, hamba Allah tadi minta pemandu teksi berhenti di sebuah masjid. Cuba antum semua teka apa kata-kata yang keluar daripada mulut pemandu teksi? "Awak nak buat benda yang nenek moyang saya dulu buat ke?" (translate ke bahasa melayu).  MasyaALLAH, sampai begitu hebatnya fahaman sekular telah mempengaruh masyarakat Turki. Walaupun di Malaysia mungkin tidak seteruk itu, tetapi sebagai sahabat seislam, tidakkah hati kita berasa pilu dan kasihan? Ini hanya intro, belum sentuh tajuk sebenar lagi. hehehe.. maaf sebab sedikit tersasar.

Kembali ke main topic,
                   Ayuh sahabat, cuba kita lihat keadaan universiti di malaysia. Di mana konsep islamnya? di mana program yg islamic? program pa yg ble mencambah minda mahasiswa mengenai masalah umah? Itulah silapnya sistem pendidikan di malaysia. Semuanya semata-mata utk dapat 4 flat > kerja > kahwin > dpat anak > anak pn akan blajar mcm ayah. Inikah semata-mata tujuan untuk kita hidup? Utk melaui 'KITARAN BODOH' ni setiap hari? Habiskan 60 tahun hidup kt muka bumi ni hanya utk melakukan ni? Rasionalkah kalau kita diciptakan hanya utk buat benda ni? tak dinafikan memang fitrah kehidupan tp lupakah kita pada tujuan asal penciptaan kita? Manusia diciptakan utk BERIBADAH KPD ALLAH dan menjadi KHALIFAH DI MUKA BUMI ALLAH.


Kami pejuang fikrah islam!!

                            Mahasiswa semakin tenggelam kerana budaya-budaya karut yg ada "isme" kt blakang. Hidup dengan hiburan sebagai penenang jiwa dan 'release tension' kononnya. Betulkah itu caranya?

"orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (ar-Ra'd-ayat 28)

                      Di mana kedudukan al-Quran di hati mahasiswa? Adakah hanya dibiar berdebu di rak-rak di masjid? Mahasiswa dah semakin layu dimamah pengaruh sekular. Sedih bila tgk sahabat2 leka dgn video game, movie dan bersukan sekalipun. Dah jadi budaya, azan maghrib jadi wisel penamat. Lpas tu, semua lari lintang-pukang balik bilik, bukannya brsegera ke masjid. Sedangkan muazzin dh laung "marilah tunaikan solat" "marilah menuju kejayaan". Rahsia kejayaan sebenar adlah brmula drpd rumah Allah.


Al-Quran sekadar jadi pameran tp x dihayati

                            Sepanjang berada di UNIMAS, sarawak, hati ni sedih bila suasana biah solehah semasa di sekolah sama sekali kurang di universiti. Masing-masing dgn hal masing-masing. Dakwah islam semakin terabai tp alhamdulillah di sini terdapat jemaah yg sentiasa komited dlm menyampaikan dkwah melalui konsep yg sangat efektif." USRAH" yg diasas oleh as-syahid imam Hassan al-Bana sgt sesuai utk menjentik hati seorang mahasiswa ke arah indahnya islam. Gerakan-gerakan usrah ini telah menyusup ke dalam kampus-kampus utk menerapkan akhidah islam yg sebenar.

"Bila hati dh cinta, maka mulut akan berkata dan tubuh mula bekerja"

                         Alhamdulillah, jiwa-jiwa muda yg ditarbiyyah ini mula menampakkan belangnya bila dah faham fikrah islam. Mula-mula timbul kesedaran untuk mengubah trend hidup di universiti. Strategi di atur dan mahasiswa-mahasiswa ini diberi tugas masing-masing. Bahkan ada yg bertanding utk MPP agar dakyah islam itu lebih mudah tertegak dgn adanya kuasa. MasyaALLAH, lebih indah lagi bila student non-muslim turut menyokong figure-figure/ individu-individu ini agar menjadi pemimpin. Kerana apa? Kerana mereka sedar melalui kacamata mereka bahawa....


                         Semoga misi mengislahkan mahasiwa-mahasiswi di malaysia tercapai kerana golongan muda ada misi lebih besar yakni mengangkat semula sistem khalifah islam yang terulung utk kesejahteraan dunia. ALLAHUAKBAR !!





No comments:

Post a Comment