Tuesday, February 22, 2011

Ya ALLAH menangkanlah mereka yg BENAR

Assalamualaikum...
                      Hari ini dalam sejarah, pertama kali ana akan berpeluang utk melihat suasana Pilihan Raya Kampus (PRK) di UNIMAS. Hari masih muda dan cuaca masih sejuk seolah-olah tiada apa2 yg special akan berlaku hari ini. Hakikatnya, naqib ana akan bertanding sebagai calon umum MPP UNIMAS dan hari ini adalah penentu bg akhi mus'ab, termasuklah barisan mahasiswa/siswi muslim di sini. InsyaALLAH, kami sentiasa mendaokan akhi. Bertawakkallah secara total kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH bersama mereka yg memperjuangkan agama-NYA.


               

                                

Maulidur Rasul di Bumi Kenyalang


Hari kekasihku!!!
Pagi yang indah disambut dgn wajah yg ceria...
Namun, hati kecil merasa tidak tenang..

ADAKAH DIRI INI BENAR-BENAR MENCINTAIMU??





Akhi Mus'ab bersama anak-anak usrahnya

"Sungguh, telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu, bagi orang yg mengharapkan rahmat ALLAH dan kedatangan hari kiamat yg banyak mengingati ALLAH"
(al-Ahzab, ayat 21)

ADAKAH AKU MENGAMBIL PENGAJARAN DRPD AYAT INI??

ADAKAH AKU BENAR-BENAR MENGAMALKAN SUNNAHMU??



    
Wajah-wajah ceria

Betapa ramai umat islam hari ini yang begitu ringan mulut mereka menyatakan rasa cinta kepada    Muhammad SAW tetapi adakah mereka menjadikan Rasulullah sebagai IDOLA mereka?

Adakah mereka menghidupkan sunnah-sunnah bagi baginda?

Ya ALLAH
semoga aku dihindarkan daripada sifat-sifat orang munafik,
dekatlah aku dgn alim ulama dan letakkanlah aku di dlm biah solehah

"sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
(as-Saff, ayat 3)

Sesungguhnya aku takut akan azab seksaMU,
Ya ALLAH...

Naqib TERSAYANG & akhi Hadi



Kontijen kolej SEROJA


Inilah cameraman nyer...



Ya ALLAH, sesungguhnya aku mencintai kekasihmu...
MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Aku memohon belas kasihanMU
Tempatkanlah aku bersama golongan yg akan mendapat syafaat drpd kekasihMU
amin ya rabbal a'lamin..


Sunday, February 13, 2011

Era Mahasiswa Pembawa Fikrah Islam..

                       Tajuk ni nampak berat, tetapi hakikatnya inilah tugas seorang bergelar mahasiswa muslim.    Persoalannya, adakah kita belajar di universiti sekadar untuk pandai, dapat anugerah dan dapat pujian? Apakah tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini? Fahaman sekular yang bermula sejak kejatuhan khalifah pada 3 Mac 1924 telah memisahkan islam daripada kehidupan kita.

khalifah terakhir

                  Semakin lama, semakin jauh daripada al-Quran. "Islam is the way of life" sudah tidak diamalkan bahkan yang lebih menakutkan pernah berlaku di Turki. Pengalaman seorang hamba Allah daripada Malaysia yang bercuti di sana. Dipendekkan cerita, ketika sedang menaiki sebuah teksi, azan berkumandang maknanya telah masuk waktu solat. Jadi, hamba Allah tadi minta pemandu teksi berhenti di sebuah masjid. Cuba antum semua teka apa kata-kata yang keluar daripada mulut pemandu teksi? "Awak nak buat benda yang nenek moyang saya dulu buat ke?" (translate ke bahasa melayu).  MasyaALLAH, sampai begitu hebatnya fahaman sekular telah mempengaruh masyarakat Turki. Walaupun di Malaysia mungkin tidak seteruk itu, tetapi sebagai sahabat seislam, tidakkah hati kita berasa pilu dan kasihan? Ini hanya intro, belum sentuh tajuk sebenar lagi. hehehe.. maaf sebab sedikit tersasar.

Kembali ke main topic,
                   Ayuh sahabat, cuba kita lihat keadaan universiti di malaysia. Di mana konsep islamnya? di mana program yg islamic? program pa yg ble mencambah minda mahasiswa mengenai masalah umah? Itulah silapnya sistem pendidikan di malaysia. Semuanya semata-mata utk dapat 4 flat > kerja > kahwin > dpat anak > anak pn akan blajar mcm ayah. Inikah semata-mata tujuan untuk kita hidup? Utk melaui 'KITARAN BODOH' ni setiap hari? Habiskan 60 tahun hidup kt muka bumi ni hanya utk melakukan ni? Rasionalkah kalau kita diciptakan hanya utk buat benda ni? tak dinafikan memang fitrah kehidupan tp lupakah kita pada tujuan asal penciptaan kita? Manusia diciptakan utk BERIBADAH KPD ALLAH dan menjadi KHALIFAH DI MUKA BUMI ALLAH.


Kami pejuang fikrah islam!!

                            Mahasiswa semakin tenggelam kerana budaya-budaya karut yg ada "isme" kt blakang. Hidup dengan hiburan sebagai penenang jiwa dan 'release tension' kononnya. Betulkah itu caranya?

"orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (ar-Ra'd-ayat 28)

                      Di mana kedudukan al-Quran di hati mahasiswa? Adakah hanya dibiar berdebu di rak-rak di masjid? Mahasiswa dah semakin layu dimamah pengaruh sekular. Sedih bila tgk sahabat2 leka dgn video game, movie dan bersukan sekalipun. Dah jadi budaya, azan maghrib jadi wisel penamat. Lpas tu, semua lari lintang-pukang balik bilik, bukannya brsegera ke masjid. Sedangkan muazzin dh laung "marilah tunaikan solat" "marilah menuju kejayaan". Rahsia kejayaan sebenar adlah brmula drpd rumah Allah.


Al-Quran sekadar jadi pameran tp x dihayati

                            Sepanjang berada di UNIMAS, sarawak, hati ni sedih bila suasana biah solehah semasa di sekolah sama sekali kurang di universiti. Masing-masing dgn hal masing-masing. Dakwah islam semakin terabai tp alhamdulillah di sini terdapat jemaah yg sentiasa komited dlm menyampaikan dkwah melalui konsep yg sangat efektif." USRAH" yg diasas oleh as-syahid imam Hassan al-Bana sgt sesuai utk menjentik hati seorang mahasiswa ke arah indahnya islam. Gerakan-gerakan usrah ini telah menyusup ke dalam kampus-kampus utk menerapkan akhidah islam yg sebenar.

"Bila hati dh cinta, maka mulut akan berkata dan tubuh mula bekerja"

                         Alhamdulillah, jiwa-jiwa muda yg ditarbiyyah ini mula menampakkan belangnya bila dah faham fikrah islam. Mula-mula timbul kesedaran untuk mengubah trend hidup di universiti. Strategi di atur dan mahasiswa-mahasiswa ini diberi tugas masing-masing. Bahkan ada yg bertanding utk MPP agar dakyah islam itu lebih mudah tertegak dgn adanya kuasa. MasyaALLAH, lebih indah lagi bila student non-muslim turut menyokong figure-figure/ individu-individu ini agar menjadi pemimpin. Kerana apa? Kerana mereka sedar melalui kacamata mereka bahawa....


                         Semoga misi mengislahkan mahasiwa-mahasiswi di malaysia tercapai kerana golongan muda ada misi lebih besar yakni mengangkat semula sistem khalifah islam yang terulung utk kesejahteraan dunia. ALLAHUAKBAR !!





Thursday, February 3, 2011

"Kemanisan Ukhwah"

       

Alhamdulillah, sesunguhnya Allah Maha Mengetahui. Setelah beberapa bulan mengikuti usrah, saya diizinkan Allah mengikuti satu program mukhayyam di Bintulu, Sarawak. Bintulu terletak kira-kira 8 jam dari UNIMAS sekiranya memandu secara terus tanpa rehat. Satu perjalanan yang begitu jauh seolah-olah dari Kedah ke Johor. Namun, jarak bukan penghalang jika niat mencari mardatillah (keredhaan ALLAH) itu sentiasa tersemat di dalam hati. Alhamdulillah, 7 insan ini telah dipilih oleh Allah. (Akhi Hisyam, akhi Azrin, fazli, muaz, helmi, fathihi dan syazwan). 

Dah ready tapi jangan lupa mohon perlindungan Allah...

Setelah segala persiapan selesai, kami memulakan perjalanan dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang pada jam 6.00 ptg.

Singgah solat di Serian
Disebabkan perut terasa lapar, perjalanan terhenti di Serian untuk solat dan menjamu selera menikmati rezeki Allah. "Thank you Allah". Semoga diberi kekuatan untuk beribadah kpd-MU ya ALLAH.

    
Alhamdulillah !!!

Jarum meter petrol kereta semakin menghampiri E, maka misi mencari PETRONAS bermula. Dengan izin Allah, kami sempat singggah di Sarikei untuk mengisi petrol. Pertama kali jejakkan kaki di sana dalam keadaan yang sejuk sehingga tekak terasa amat kering dan haus. Syukran akhi Azrin sebab pinjamkan saya sweater palestin.

     
Refill minyak di Sarikei tapi perjalanan masih jauh...

Keheningan subuh terasa begitu indah, tatkala melihat papan tanda tertulis 'Bintulu' dan jam menunjukkan 6 lebih. Rupa-rupanya kami telah menaiki kereta Proton Wira buatan Malaysia dan Honda buatan Jepun selama hampir 12 jam, kegembiraan dan perasaan teruja memadam keletihan. Alhamdulillah.

Alhamdulillah selamat tiba di Taman Negara Similajau, Bintulu

Brotherhood arts pilihan utama..
Tema mukhayyam kali ini adalah "mampukah kita seperti sahabat Rasulullah?". Saya berpeluang berjumpa dengan ikhwah-ikhwah yang sama-sama melalui proses tarbiyyah dan usrah. Pada awalnya, saya seakan-akan tidak percaya apabila melihat mereka dari sudut fizikal. Selama ini, saya sangka hanya wajah-wajah baik sahaja yang mengikuti usrah, rupa-rupanya 'don't judge people by their physical appearance'. Mereka inilah sebenarnya yang begitu komited dalam tarbiyyah.
Benarlah sabda Rasulullah SAW,
"Manusia umpama logam, jika terbaik semasa jahiliyyah, maka terbaik juga semasa islam, sekiranya mereka faham"
                                                                                                                               (riwayat sahih bukhari) 
Antara aktiviti-aktiviti yang best :

                         Taaruf ( x kenal maka x cinta)                           simulasi demonstrasi palestin

                     Titian Sirat al-Mustaqim                                              Jalaran ukhwah

                           ana paling panjang                                   pengembaraan sabahat di oasis

                   "Ukhwah Teras Kegemilangan"                              



ALLAHHUAKBAR !!


Setelah tamat mukhayyam, kami sempat berjalan-jalan di pekan Sibu.

         
Singgah di Sibu sebelum pulang UNIMAS


Menjamu selera di rumah akhi Azrin


"Kemanisan ukhwah" 

Sesungguhnya satu pengembaraan dan pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mereka yang mengikutinya akan lebih memahami samada "mampukah kita menjadi seperti sahabat Rasulullah?". 
Subhanallah !!!